Thursday 28 June 2012

diary diet hari yang ke-7


hai kawan-kawan. hari ni hari ke 7 cik donut bergym. kekeke. alhamdulillah dah seminggu nampaknya kan. igt lagi masa first time masuk gym tu serius stamina takdak.. duduk sana dalam sejam je kot. itupun dah tak larat sangat. now stamina makin ok. dah leh duduk sana dalam 2 jam. setengah jam cardio. pastu buat exercise utk muscle lengan ni maklumla lengan cik donut ni pun bley tahan sehatnya. pastu buat kardio lagi setengah jam. pastu exercise muscle pastu buat kardio lagi setengah jam pastu muscle. ha camtu la rutin harian cik donut dekat gym. tapi entah kenapa rasa happy sangat badan ni berpeluh-peluh siap nampak bulat2 je peluh ni keluar kat tangan . tehehehe

tapi hari ni masa buat kardio rasa nak give up. mmg cik donut bagi kata2 semangat la utk diri sendiri. gila apa nak give up. baru 7 hari kan. heh. pastu sekarang cik donut kira kalori makanan yg dimakan dlm sehari. bila dengar kalori je tros rasa seram sejuk. bila bende masuk mulut je rasa cam trauma sbb dalam hati cakap berapa kalori la dah masuk ni. so cik donut sediakan satu buku untuk cik donut kira kalori tu semua. heh. haa n dalam sehari tu cik donut dah hapuskan lebih kurang 500 lebih kalori :) n sehari kene makan 1000 kalori jek. mengikut berat badan ideal cik donut perlu ambik lebih kurang 1800 lebey kalori. hehe. dan cik donut paling suka minum air masak. sebab air masak langsung takde kalori.. kiranya KOSONG kalori. i like (y) .

untuk hari ni rasa sakit dekat muscle bahu n lengan. takpela. beauty is pain kan. hahah. oh lupa cik donut nak kurus ni bukanla nak cantik semata-mata. klau dulu ya cik donut nak kurus sbb nak cantik bagai kan. tapi sbnrnya cik donut dah cantik walaupun macam ni (mesti ada yg cakap poyo nye cik donut ni kan) . sbnrnya kita kene yakin dekat diri sendiri. daripada keyakinan yang ada tu la dapat keluarkan aura2 positif. gituwww. hehe. cik donut diet ni adalah untuk sihat. ya nak jalan gaya hidup sihat. sekarang masih muda baru 22 tahun jadi kenala lebih sihat kan.. doakan cik donut sihat ya semua... i want free from OBESITY!! ------> tanpa sedar rupanya cik donut ada penyakit kronik iaitu obesity. haishhhhhhh ...

p/s : biar busuk asal badan dan jantung sihat. (kalau busuk boleh mandi letak perfume, tapi kalau jantung sakit? urmmm ) ok bye! thanks awak jadi salah satu inpirasi saya. \(^___^) nak letak gambar tapi malas la pulak. lain kali ye ..

No comments:

Post a Comment