Thursday 16 February 2012

jalan-jalan cari makan di easy cafe


hai kawan-kawan semua.malam ni cik donut nak bagi ayaq liuq korang meleleh-leleh.hahaha.nak tau tak kat mana esy cafe tuh.easy cafe tu kat tg.malim dekat dengan UPSI.so siapa nak rasa singgahlah.malas lah nak bebel panjang-panjang. sila la santap gambar-gambar ni k. :p

sudu dan garpu yang gorgessss
air-air yang gorgessss di easy cafe
meatball italian spageti yang gorgessss


spagetti bolognese yang gorgessss

chicken chop easy cafe yang gorgessss

hawaiian chicken chop yang gorgessss

blackpapper chicken chop yang gorgessss.(act tak ingat nama)

creamy spaggeti yang gorgessss!! 

p/s : ADA MELELEH KA AYAQ LIUQ HANGPA.hehhehhe :)

love, cik donut

Wednesday 15 February 2012

MY BIGGEST DREAM




eh tetiba cik donut rasa nak join contest la. masa blog lama dulu selalu gak join.so ini buat pertama kali cik donut join contest semenjak ada blog baru..heww heeww heww :)

MY BIGGEST DREAM.eh ni kena tulis dalam english ke.hihihi.sorryla cik donut tak fasih english so cik donut tulis dalam BAHASA MELAYU je la ye. impian terbesar cik donut adalah untuk menjadi seorang guru.sememangnya inilah impian cik donut sejak dari tingkatan 1. masa sekolah rendah cita-cita nak jadi doktor (doktor adalah cita-cita yang paling kliche untuk bebudak sekolah rendah kan) hehe. bila dah meningkat ke alam remaja baru tau yang sebenarnya I WANT TO BE A TEACHER! jadi cikgu ni memang mencabar .nak tau apa yang mencabarnya ? sila lihat kat bawah nih.hehe

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..

Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH

Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..

Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..

Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..

Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..

Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..

Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..

Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..

Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..

Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..

Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..

Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER

Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..

Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..

Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..

Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN

Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..

Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..

Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..

Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..

Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..

Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..



biarpun penat menjadi sebagai guru namun segala penat itu akan hilang jika melihat anak didiknya berjaya dan menjadi insan yang berguna untuk bangsa, agama dan negara. :)

tags : ayu, niesa & mek


p/s : cik donut sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris. semoga cita-cita cik donut ingin menjadi seorang guru tercapai.amin.oh ya cik donut pengguna MAXIS tegar.hehehe nak join? klik je kat banner atas tu ek. :)


love, cik donut

header khas untuk ayu




hari ni cik donut buat header khas untuk ayu. kawan cik donut.hehehe.cik donut saja je buat nih sebab keboringan.hopefully ayu suka la ye. cik donut buat ni simple je.heheheh.so kalau ayu nak buat jadi header untuk blog ayu silakan la ye. jom terjah blog ayu. klik sini








p/s : cik donut tak ingat ayu suka sape.so cik donut bantai je letak gambar kyuhyun n heechul..hahaha.so sorryyyyy

love, cik donut

gigi den berlubang!!


ha hari ni cik donut nak citer pasal gigi geraham cik donut yang tetiba jekkk pecah.err pecah?? serpih kot.

ha ni la gambaran gigi geraham cik donut yang serpih tuh


cik donut perasan gigi ni jadi macam ni pun baru je.tetiba rasa pelik kat gigi.tapi tak sakit.maybe masa makan  benda keras dia jadi serpih camni.nak gi klinik takuttttt.huhuhu. seumur hidup ni, cik donut tak pernah lagi kena tampal gigi or cabut gigi kat klinik tau. tapi ibu cik donut cakap kalau gigi serpih camni tak kena tampal pun.tapi still cik donut takut (malas) nak cek kat klinik walaupun pernah gak cek gigi kat klinik. takpela asal tak sakit it's okay.heheheh. 

p/s : nak beli listerine. katernya dapat menghapuskan bakteria degil.yerr ker?

love, cik donut

Tuesday 14 February 2012

melda ahmad - putus cover (versi tak sedap)


urmm hari ni kat tempat korang hujan tak..haaa hujan... nak tau sebab ape tak ?.sebabnya hari ni cik donut buat cover lagi..hehe..kali ni daripada MELDA AHMAD - PUTUS..act cik donut baru dengar lagu ni malam tadi.search google chord dia senang n cik donut pun try je lah (berangan artis sangat cik donut nih) . oh masa cik donut buat cover  lagu nih hidung sebelah tersumbat akibat diserang flu.huhuhu itu yang menambahkan ketidaksedapan lagi ini cover.tak sedap pun nak upload gak kan. so sorry kalau yang dah bernanah telinga tuh.cik donut tak bermaksud :D



eh geli tau dengar suara sendiri lagi-lagi yang part mula-mula tuh. adakah semua ini disebabkan faktor hidung yang tersumbat sebelah dan hanya bernafas menggunakan sebelah hidung?


love, cik donut

Monday 13 February 2012

assalamualaikum

          

pergh akhirnya jadi jugak animation gif assalamualaikum untuk blog cik donat nih

ambik masa dalam beberapa jam jugak nak siapkan

finally ia di situ

nampak colourful

i love it so much

hehehe

love,cik donat

Thursday 9 February 2012

bulatnya donut tu!



kali ni cik donut nak bercerita bagaimana terhasilnya nama cik donut nih. donut bukanlah satu makanan yang menjadi kegemaran cik donut sebenarnya. namun kalau dilihat dari segi bentuk fizikal donut yang membulat (ada juga yang panjang,tiga segi, petak,sfera dan sebagainya tapi abaikan yang ini) dan gebu-gebu giteww amat sesuai la disamakan dengan bentuk tubuh cik donut yang sedia bulat ini. haha. 

masalah tubuh badan yang membulat ni adalah salah perkara yang paling alergic buat semua-semua gadis,mahupun wanita, bagi mereka yang sudah berkahwin juga .pendek kata perkara ini adalah perkara yang ditakuti oleh semua orang yang dilahirkan berjantina perempuan. tak ketinggalan bagi cik donut juga.sangat trauma okay.tapi berat tetap maintain jugak.bukan tak pernah mencuba untuk kelihatan lebih kecil (dari segi saiz seluar dan baju) . dr rozmey , datin rosmey suma dah cuba. namun hasilnya hampa.hahahha.hampa ke! propa sangat. cik donut pernah berjaya turunkan berat dalam 7kg gitew setelah 4 bulan mencuba. tak makan dari pagi sampai malam.hanya cik donut je yg tau rasanya macam mana. namun usaha itu juga GAGAL. untuk mengurang size seluar dan maju ini  bukannya mudah.perlukan kekuatan,ketabahan,dan kesabaran yang tinggi. SOKONGAN juga sangat penting. 

hingga sekarang cik donut maintain membulat begini.kadangkala rasa sedikit kecewa.entah apa yang dikewakan cik donut juga tidak tahu. biarpun cik donut membulat tapi cik donut happy dengan kehidupan sekarang. masih boleh ketawa,tersenyum itupun sudah cukup. mungkin belum tiba masanya untuk donut yang bulat menjadi donut yang panjang. suatu hari nanti jika diizinkanNYA insyaallah :D

p/s : biarpun bulat ada manisnya 

love,cik donut

Wednesday 8 February 2012

atikah -dalam hati versi cover tak sedap



haa dengar tajuk pun dah tau
">
kali ni cik donut buat cover lagi

tapi macam biasa versi tak sedap la okay

hahahahahaha

lagu ni cik donut tujukan untuk

encik donut

yang dah pun melupakan melupakan cik donut

sobs sobs (sambil kesat-kesat hingus)


love, cik donut

Tuesday 7 February 2012

keluang man


                                     

hari ni cik donut nak citer sikit pasai ini keluang man
masa cik donut muda-muda dulu suka sangat tengok citer kartun nih
syiok woo
korang pernah tengok tak citer ni
masa kecik-kecik dulu cik donut tak pernah feeling pun lagu theme dia
tapi bila dah besau ni terfeeling lak
macam nostalgia sangat lagu nih
hahahhah
jadi cik donut pun buat la cover lagu keluang man ni
penyanyi asal dia KRISYA
p/s : suara cik donut memang tak sedap.main gitar pun tak pandai.
tapi saje nak upload biar huru hara ini blog
huhuhuhu

AMARAN
 DENGAR SEKALI PASTI BERNANAH TELINGA .  :)


love, cik donut

Thursday 2 February 2012

result exam keluar!!




makan tak lalu
*
*
*
mandi tak basah
*
*
*
jantung berdegup macam nak meletop
*
*
*
sebab
*
*
*
hari ni result exam cik donut keluarrrrrrr

semoga cik donut dapat keputusan yang baik.amin

nevess nevess nevessss!!

love,cik donut