Friday 29 June 2012

diary diet hari ke-8


eh lupa nak update pasal diary diet cik donut semalam. hehehe. smalam cik donut punye workout macam biasa la. ok jek. 2 jam masih bertahan. huuhuhuh. n muscle kat bahu ni dah tak sakit n makin tahan lama sket bila buat workout utk lengan tu berabnding masa first time buat. oh ye smalam cik donut timbang berat. alhamdulillah dalam masa 3 hari dah turun 0.6kg. yesss. dari 83.9 kg jadi 83.3 kg. so far utk fizikal ni mmg tak nmpk apa2 perubahan lagi. tapi cik donut sendiri rasa lebih 'ringan' n sihat. hahaha. tapi malam tadi termakan ayamas seketul .aiyarkk. takleh tahan woo. tapi takpe cik donut still kira kalori lagi yang dimakan setiap hari. so far so good. cuma semalam macam terlebih sket jak. huhuh. takpe petang ni workout lagi. gogogoggo. burn baby burn. ho yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

p/s : gigi bongsu ni tumbuh lagi. lambat betul nak betul2 tumbuh. hehehe . i love my heart. ok bye! :p

Thursday 28 June 2012

diary diet hari yang ke-7


hai kawan-kawan. hari ni hari ke 7 cik donut bergym. kekeke. alhamdulillah dah seminggu nampaknya kan. igt lagi masa first time masuk gym tu serius stamina takdak.. duduk sana dalam sejam je kot. itupun dah tak larat sangat. now stamina makin ok. dah leh duduk sana dalam 2 jam. setengah jam cardio. pastu buat exercise utk muscle lengan ni maklumla lengan cik donut ni pun bley tahan sehatnya. pastu buat kardio lagi setengah jam. pastu exercise muscle pastu buat kardio lagi setengah jam pastu muscle. ha camtu la rutin harian cik donut dekat gym. tapi entah kenapa rasa happy sangat badan ni berpeluh-peluh siap nampak bulat2 je peluh ni keluar kat tangan . tehehehe

tapi hari ni masa buat kardio rasa nak give up. mmg cik donut bagi kata2 semangat la utk diri sendiri. gila apa nak give up. baru 7 hari kan. heh. pastu sekarang cik donut kira kalori makanan yg dimakan dlm sehari. bila dengar kalori je tros rasa seram sejuk. bila bende masuk mulut je rasa cam trauma sbb dalam hati cakap berapa kalori la dah masuk ni. so cik donut sediakan satu buku untuk cik donut kira kalori tu semua. heh. haa n dalam sehari tu cik donut dah hapuskan lebih kurang 500 lebih kalori :) n sehari kene makan 1000 kalori jek. mengikut berat badan ideal cik donut perlu ambik lebih kurang 1800 lebey kalori. hehe. dan cik donut paling suka minum air masak. sebab air masak langsung takde kalori.. kiranya KOSONG kalori. i like (y) .

untuk hari ni rasa sakit dekat muscle bahu n lengan. takpela. beauty is pain kan. hahah. oh lupa cik donut nak kurus ni bukanla nak cantik semata-mata. klau dulu ya cik donut nak kurus sbb nak cantik bagai kan. tapi sbnrnya cik donut dah cantik walaupun macam ni (mesti ada yg cakap poyo nye cik donut ni kan) . sbnrnya kita kene yakin dekat diri sendiri. daripada keyakinan yang ada tu la dapat keluarkan aura2 positif. gituwww. hehe. cik donut diet ni adalah untuk sihat. ya nak jalan gaya hidup sihat. sekarang masih muda baru 22 tahun jadi kenala lebih sihat kan.. doakan cik donut sihat ya semua... i want free from OBESITY!! ------> tanpa sedar rupanya cik donut ada penyakit kronik iaitu obesity. haishhhhhhh ...

p/s : biar busuk asal badan dan jantung sihat. (kalau busuk boleh mandi letak perfume, tapi kalau jantung sakit? urmmm ) ok bye! thanks awak jadi salah satu inpirasi saya. \(^___^) nak letak gambar tapi malas la pulak. lain kali ye ..

Tuesday 26 June 2012

diary diet hari yang ke- 6


eh dah lama rasanya cik donat tak berblogging kan..ada yang rindu x? hehe..ok hari ni cik donut nak cerita berkenaan dengan misi diet cik donat yang entah keberapa kali. semuanya tak menjadik. yang menjadik masa cik donat form 5 dulu turun hampir 10kg. tapi tu la stakat tak makan exercise kurang susah jgak. masa tu serius rasa lemah jek. adoii. tapi berjaya gak la kan dalam masa 3 bulan diet yang x berapa nak sihat tu kurang la jugak hampir 10kg. rasa kurus sket tu adalah kan. kui kui. tapi lepas 3 bulan tu cik donat rasa GIVE UP. klau dh rasa give up tu ada mmg tak leh jadi apa dah. tros makan macam normal balik. makan makan dan makan makan lagi. :( dan hasilnya berat back to normal malah makin naik. sebab tu la untuk berdiet ni perlukan disiplin yang kuat. sobs sobs.

semenjak dari tu cik donat tak pernah diet dah. rasa penat sangat. kadang2 tu rasa nak diet balik tapi mmg tak boleh. tapi pada 1 jun 2012 haritu semangat cik donut untuk menguruskan badan datang balik setelah terbaca artikel kat sini http://kevinzahri.com/success-stories/ .serius jadi pembakar semangat. roomate cik donut pun terus berkobar-kobar nak diet. so semenjak aritu kitorang dah janji takkan makan nasi. jadi sejak haritu sampai skrang cik donut tak makan nasik. 

dan berita baikknya cik donut taknak amalkan diet yang buruk macam masa form 5 aritu. kali ni cik donut pegi gym hari-hari. dalam 2 jam jugak bertapa kat sana. masuk hari ni dah 6 hari cik donut bergym. dan baru-baru ni cik donut mula mengira kalori yang cik donut ambil sehari supaya ianya seimbang dengan kalori output dan input. takla macam dulu x makan nasik pun tp kalori yg diambil banyak jugak. dengan tak exercise nya lagi. now masuk hari ke-6 ni stamina makin kuat. first day t baru buat cardio selama 10 minit dah tak larat gila. sekarang ni buat 30 minit pun ok lagi. i am happy with myself. good job. harap2 diaru diet untuk kali ni menjadi. masuk hari ke-6 ni cik donut rasa lebih sihat. jantung ni pun mesti lagi sihat kan, i love my heart. dan disebalik semua ni ada yang menjadi pembakar semangat. semoga usaha kali ni berbaloi dan cik donut semakin sihat dan bebas dari obesity. :)

MEREKA HEBAT!

aizat amdan yang maintain kurus sampai sekarang :)

mek klate yang masa debab pun comel dah kurus cun melecun. superb :)

dan yang ni 


penguat semangat saya! haha . ok bye! :D