Thursday, 26 January 2012




Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseseorang yang MENGIMPIKANMU..


Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..



Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..



Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..

Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU..semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati & KETAQWAANNYA, insyaAllah…

p/s : ayat ni diambil dari seorang kawan di facebook.indah bukan? 

love, cik donut

Wednesday, 25 January 2012

tahniah ally iskandar & farah lee







rasanya belum terlambat untuk cik donat mengucapkan tahniah kepada ALLY ISKANDAR & FARAH LEE

entah kenapa bila cik donut tengok video kat atas

hati jadi tersentuh, terharu n speechless.

sangat sweet

lagi-lagi bila farah lee cakap 

" rasa bersyukur kerana telah sah dianugerahkan seseorang yang boleh membimbing saya.insyaallah"

apa-apa pun semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.amin

p/s : indahnya percintaan yang diredhai ALLAH 

love, cik donut



cik donut






suka sangat dengan gambar diatas.sebab donut dia warna PINK!.


entah kenapa tiba-tiba nak buat entry yang bertajuk CIK DONUT

mulakan dengan ejaan 

C.I.K    D.O.N.U.T

jadi cara sebutan nye harus betul.

jika anda sebut CIK DONAT 

it's totally wrong

sebabkn cik donut punye penulisan ni 90% dalam bahasa melayu

jadi sebutannya pun di Melayukan

so sebut betul-betul ek.

C.I.K    D.O.N.U.T

p/s : cik donut harap lappy korang dapat bantu menyebutnya dengan betul.errrr ^__^

love. cik donut

nyamuk



jam menunjukkan 1.18 am
cik donut masih didepan lappy
seperti orang yang sibuk bekerja
jari-jemari mengikut rentak dan irama cerita mann di kaca tv

bukan itu persoalannya
persoalannya ada gangguan nyamuk disini
akibat malas nak pasang ubat nyamuk
terpaksa lah cik donat menanggung semua ini

dan gigitan nyamuk ini tidak sakit
tapi ia cukup menganggu hidup aman cik donat
dan disebabkan nyamuk ini juga 
cik donat terpanggil untuk membuat entry bertajuk NYAMUK
lihat betapa hebatnya penangan si NYAMUK

p/s : rezeki kamu hari ini si nyamuk.nikmatilah ia selagi kamu masih diberi peluang itu.jangan sia-siakannya

love,cik donut

resepi mee bandung muar






bahan -bahan :

400g mee kuning
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering (klau nak pedas isi tambah lagi cili kering)
kacang tanah yang digoreng,dibuang kulit, dan ditumbuk. (kcang tu dalam 2 genggam agak2 la tgk bnyk mne korang nak buat)
sayur sawi
udang (sesuka hati)
fishcake(sesuka hati)
air rebusan udang.(rebus kulit dan kepala udang)(ikut korang nak buat stok bnyk mne)
garam
gula

cara membuat :

1) blender bawang besar,bawang putih ngan cili kering
2) tumis bahan-bahan yang diblender tadi
3) masukkan air rebusan udang dan udang..
4) setelah mendidih masukkan kacang tumbuk
5) masuk garam dan gula secukup rasa
6) masukkan sawi dan fishcake
7) siap dihidang

SELAMAT MENCUBA

nota kaki :

boleh jugak letak air rebusan daging
jangan isi air asam or tomato sebab mee bandung muar tak de rasa masam
nak isi fish ball pon bley
nak isi telur pun boley

p/s : cik donut takla pandai sangat dalam bab masak memasak nih.tapi kita kene cuba kan.untuk masa depan cik donut dan keluarga.hehehe



love,cik donut

garam & gula




cinta ibarat garam dan gula
jika berlebihan akan mendatangkan mudarat
tapi jika terkurang tidak enak pula rasanya
makanya cukup dengan yang sedang-sedang saja
tidak terlampau manis dan tidak terlampau masin
tidak juga tawar rasanya

p/s : cik donat mengimpikan cinta yang diredhai ALLAH .insyaallah.


love,cik donut

Tuesday, 24 January 2012

dunia akhir zaman



   PONDAN DAN PENGKID

oh dunia akhir zaman
 pondan dan pengkid berleluasa
lelaki menyerupai perempuan 
dan
perempuan menyerupai lelaki
adakah mereka tidak bersyukur?
bukankah manusia adalah sebaik-baik kejadian.
dan mereka masih berani untuk melawan kejadian ALLAH..


 Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)  


GAY DAN LESBIAN


oh dunia akhir zaman
berkahwin sesama jantina 
tidak lagi menjadi isu yang pelik kini
eh ada jugak ye yang suka dengan sama jantina nih
siap kapel2 gitewww..eh memang ewww la
cik donat pun pelik bin ajaib
haishhhh


“dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”.(Surah Al-‘Araf : 80 – 81)

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW yang bermaksud:“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesama lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

p/s : semoga cik donat,keluarga dan semua rakan-rakan tidak tergolong seperti mereka diatas. 

love,cik donut 






Thursday, 19 January 2012

cantik vs hodoh




A:  untungla awak cantik..
B: jadi awak hodoh?
A: ya !saya tidak punya pipi yang gebu seperti awak, bibir yang merah bak delima seperti awak, mata yang bundar seperti awak, badan yang kurus seperti awak, jari yang runcing seperti awak..saya tak sempurna seperti awak 
B: awak ada mata? awak ada telinga? awak ada bibir? awak ada tangan? awak ada kaki?
A : alhamdulillah semuanya saya ada
B: jadi mengapakah kamu tidak bersyukur atas kesempurnaan yang diberikan ALLAH kepada kamu? 

‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” (Q.s. Ibrahim: 7)'





p/s: kecantikan dalaman lebih penting untuk dipercantikkan  


love, cik donut


NEW BLOG



this is my new blog

for a new story

in my life 


donut is sweet just like me!! 



love, cik donut