Thursday, 9 February 2012

bulatnya donut tu!



kali ni cik donut nak bercerita bagaimana terhasilnya nama cik donut nih. donut bukanlah satu makanan yang menjadi kegemaran cik donut sebenarnya. namun kalau dilihat dari segi bentuk fizikal donut yang membulat (ada juga yang panjang,tiga segi, petak,sfera dan sebagainya tapi abaikan yang ini) dan gebu-gebu giteww amat sesuai la disamakan dengan bentuk tubuh cik donut yang sedia bulat ini. haha. 

masalah tubuh badan yang membulat ni adalah salah perkara yang paling alergic buat semua-semua gadis,mahupun wanita, bagi mereka yang sudah berkahwin juga .pendek kata perkara ini adalah perkara yang ditakuti oleh semua orang yang dilahirkan berjantina perempuan. tak ketinggalan bagi cik donut juga.sangat trauma okay.tapi berat tetap maintain jugak.bukan tak pernah mencuba untuk kelihatan lebih kecil (dari segi saiz seluar dan baju) . dr rozmey , datin rosmey suma dah cuba. namun hasilnya hampa.hahahha.hampa ke! propa sangat. cik donut pernah berjaya turunkan berat dalam 7kg gitew setelah 4 bulan mencuba. tak makan dari pagi sampai malam.hanya cik donut je yg tau rasanya macam mana. namun usaha itu juga GAGAL. untuk mengurang size seluar dan maju ini  bukannya mudah.perlukan kekuatan,ketabahan,dan kesabaran yang tinggi. SOKONGAN juga sangat penting. 

hingga sekarang cik donut maintain membulat begini.kadangkala rasa sedikit kecewa.entah apa yang dikewakan cik donut juga tidak tahu. biarpun cik donut membulat tapi cik donut happy dengan kehidupan sekarang. masih boleh ketawa,tersenyum itupun sudah cukup. mungkin belum tiba masanya untuk donut yang bulat menjadi donut yang panjang. suatu hari nanti jika diizinkanNYA insyaallah :D

p/s : biarpun bulat ada manisnya 

love,cik donut

No comments:

Post a Comment